Search

𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐘𝐀𝐌 𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐃𝐈 𝐃...

  • Share this:

𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐘𝐀𝐌 𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐃𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐑𝐒𝐈𝐍𝐆

Tuan Pegawai Daerah Mersing, Tuan Haji Mohd Radzi Bin Haji Mohd Amin telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada sepuluh (10) penerima di Mukim Tenggaroh dan Jemaluang Bagi Bulan September (Fasa 2 dan 3) Tahun 2021.

Penerima Kurniaan tersebut adalah:

Penerima pertama, seorang lelaki, berumur 63 tahun, menetap di FELDA Tenggaroh 4. Beliau menghidapi penyakit kulit yang kronik.

Penerima kedua, seorang warga emas wanita berumur 74 tahun, menetap di FELDA Tenggaroh 3 dan sedang terlantar sakit tua.

Penerima ketiga, seorang wanita berumur 61 tahun, menetap di FELDA Tenggaroh 2. Beliau mengidap masalah kesihatan selepas terbabit dalam kemalangan.

Penerima keempat, seorang wanita berumur 61 tahun, menetap di FELDA Tenggaroh 2. Beliau mengidap penyakit barah otak.

Penerima kelima, seorang wanita berumur 59 tahun, menetap di KM. 12, Kg. Wak Salam. Beliau menghidapi penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Penerima keenam, seorang warga emas wanita berumur 84 tahun, menetap di Kampung Gajah Mati, Mersing. Beliau menghidapi penyakit sakit tua.

Penerima ketujuh, seorang warga emas wanita berumur 72 tahun menetap di Kampung Sri Pantai.

Penerima kelapan, seorang wanita berumur 55 tahun, menetap di Kg. Sri Pantai. Beliau menghidap penyakit Asma.

Penerima kesembilan, seorang lelaki berumur 33 tahun, menetap di Kampung Sri Pantai. Beliau adalah miskin tegar dan mempunyai anak kurang upaya (OKU).

Penerima kesepuluh, seorang wanita berumur 66 tahun, menetap di Kg. Air Puteri. Beliau menghidapi masalah pendengaran.

Turut serta dalam penyerahan sumbangan ini ialah Encik Mohammad Alif Bin Abdul Fa'tas, Penolong Pegawai Daerah Mersing, Pejabat Kadi Daerah Mersing, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Daerah Mersing, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Mersing, YPK Daerah Mersing, dan Penghulu-Penghulu Mukim.

Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan dan tiada pekerjaan.


Tags:

About author
not provided